SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI STAF 2 ARTILERI PERTAHANAN UDARA DAN PEGAWAI WARAN SKUADRON 320

DSC 0079 DSC 0089

 

KUANTAN, 19 Feb 21 –Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Artileri Pertahanan Udara dan serah terima tugas Pegawai Waran Skuadron 320 telah berlangsung di Galeri Sentri Skuadron 320.

Mej Khairulmahadi bin Mohamad telah menyerahkan tugas PS 2 Artileri Pertahanan Udara kepada Mej Mohd Shahman bin Saiden manakala PW U I Mohd Zaidi bin Ab Ghani telah menyerahkan tugas Pegawai Waran Skuadron kepada PW U I Mohd Badlishah bin Rosli.

Serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Memerintah Skuadron 320, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM.