BERMULANYA PERJALANAN KARIER LTM IKMAL HAIKAL BIN IBRAHIM TUDM

193137831 4135735519847396 1959950849198274945 n 192744383 4135735583180723 7325614735085364344 n 196232848 4135735563180725 4012318406671415935 n
193488816 4135735503180731 7759396056551572868 n 194284573 4135735646514050 8350991184833088485 n 195078964 4135735653180716 4389738924563336631 n

 

Kuala Lumpur, 11 Jun 2021- Hari ini menjadi hari bersejarah buat Pegawai Kadet Ikmal Haikal bin Ibrahim apabila Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM menyempurnakan pemakaian pangkat ke pangkat Leftenan Muda TUDM yang diadakan di pejabat Panglima Tentera Udara yang juga jatuh pada hari lahirnya, 11 Jun.

Mengimbau sejarah awal perjalanan kariernya, LtM Ikmal Haikal TUDM telah menyambung pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2016 selepas pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ini mendapat keputusan cemerlang 9A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015. Selepas menamatkan pengajian asasi dalam Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, UPNM, beliau mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kadet dan menyertai TUDM pada 14 Julai 17.

Setelah menamatkan pengajian asasi, beliau terpilih menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Penerbangan dan Matematik) atau Bachelor of Science (Aviation and Mathematics) di Australian Defence Force Academy (ADFA) Canberra, Australia pada tahun 2018 bersama rakannya PK Yong Wei Chung yang menyertai TLDM.

Di ADFA, beliau yang menyambung pengajian ijazah sarjana muda turut menjalani latihan ketenteraan Australia bersama kadet-kadet Australia yang lain. Pada setiap tahun, pegawai kadet perlu menjalani latihan ketenteraan selama dua (2) minggu di tempat latihan mengikut perkhidmatan masing-masing. Di antara latihan yang dijalankan ialah ‘Counter-Insurgency, humanitarian aid, search and rescue’ serta pelbagai lagi latihan yang turut menguji keupayaan mental dan fizikal.

Perjalanan kariernya di ADFA bermula sejak 26 Januari 2018 sehingga 6 Disember 2020. Berpegang kepada prinsip "Don't let one bad moment ruin your entire day. Breathe, put it behind you and move on" menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya dalam TUDM dan akhirnya pada tanggal 7 Disember 2020 menjadi detik menggembirakan buatnya apabila menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Penerbangan dan Matematik), Australian Defence Force Academy (ADFA) Canberra, Australia.

Anak kelahiran Manjung, Perak, anak kepada pasangan Ibrahim bin Husin dan Norazah binti Yahaya, merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik akan memulakan perjalanan kariernya di dalam TUDM selepas ini apabila beliau ditukarkan ke No. 15 Skn sebelum menghadiri Kursus Asas Penerbangan di INSPEN 1, KTU pada tahun 2022.

Semoga kejayaan LTM Ikmal bin Ibrahim TUDM akan turut dicontohi dan menjadi inspirasi kepada generasi muda yang meminati kerjaya di dalam perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya. TUDM juga merakamkan tahniah kepada beliau atas kejayaan yang diperolehi dan teruskan kecemerlangan untuk agama, organisasi, bangsa dan negara.