DUA PEGAWAI KANAN TUDM DINAIKKAN PANGKAT

1 2 3

 

SENDAYAN, 2 November 2020 – Dua pegawai kanan TUDM hari ini telah dinaikkan ke pangkat masing-masing di satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan.

Mendahului senarai adalah Mej Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang memegang jawatan sebagai Panglima Bantuan Udara. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenen Jeneral TUDM.

Manakala Brig Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM pula dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral TUDM dan akan memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Udara.

Majlis ini turut disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Mej Jen Dato’ Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM di atas kenaikan pangkat.