MAJLIS PEMAKAIAN BERET PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, PENYERAHAN BENDERA MALAYSIA DAN PENGHANTARAN KUMPULAN PERTAMA MALAYSIAN BATTALION (MALBATT) 850-8 UNIFIL

120235023 3415876498499972 4018033030919386223 n 120238465 3415875261833429 2497528331829848296 n 120255576 3415875388500083 8008302536022951888 n
120290641 3415875821833373 2166288179812268570 n 120302563 3415874925166796 2123574571790024366 n 120305102 3415876108500011 1845959108549065135 n
120328899 3415876221833333 7875198682919799625 n 120500342 3415874675166821 8478366163159938342 n 120507672 3415874808500141 302526931186018848 n

 

SUBANG, 1 Okt 2020 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz hari ini telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-8 bertempat di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. Perbarisan pada hari ini seramai 214 anggota yang terdiri daripada 52 pegawai dan 62 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Majlis pemakaian beret PBB diadakan secara simbolik dan dipakaikan kepada Komander MALBATT 850-8 iaitu Kolonel Azudin bin Hassan, wakil ketiga-tiga perkhidmatan (TD,TLDM dan TUDM), wakil Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), wakil anggota wanita dan anggota LLP ATM. Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM dan Mej Mohd Fahrur Redzuwan bin Mat Desa TUDM telah mewakili TUDM bagi acara simbolik pemakaian beret PBB.

Buat julung kalinya, perbarisan pada hari ini meninggalkan impak tersendiri kerana diadakan tanpa kehadiran ahli keluarga pegawai dan anggota yang akan melaksanakan misi pengaman di Lubnan akibat dari ancaman COVID-19 yang masih melanda negara. Perbarisan kali ini juga buat pertama kali diperdengarkan Lagu MALBATT bertajuk “Pengorbanan Helmet Biru” yang merupakan cetusan ilham Komander MALBATT 850-8 dan direalisasikan oleh anggota MALBATT 850-8 bagi menggambarkan pengorbanan anggota MALBATT dan sebagai pembakar semangat.

Secara keseluruhan, MALBATT 850-8 terdiri daripada 80 pegawai dan 770 anggota LLP termasuk tiga (3) pegawai dan 27 anggota dari ABDB serta seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan. MALBATT 850-8 diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat melibatkan 4 peringkat penghantaran. Pada hari ini, penghantaran kumpulan pertama melibatkan seramai 215 orang dengan diketuai oleh Komander MALBATT 850-8, bersama 53 pegawai dan 162 anggota LLP yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang.

MALBATT 850-8 akan meneruskan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL yang akan ditempatkan di dua (2) penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin bagi melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan oleh UNIFIL khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan sebagai menggantikan MALBATT 850-7 untuk tempoh 12 bulan. Penglibatan Malaysia bagi misi pengaman ini bermula apabila Kerajaan Malaysia telah meluluskan penglibatan ATM dalam misi UNIFIL sejak tahun 2007 bagi membantu pasukan pengaman dari lain-lain negara anggota PBB menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Hj Yazid bin Arshad TUDM; Tuan Yang Terutama Dato’ Paduka Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato’ Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Pesuruh Jaya Tinggi Negara Brunei Darussalam; Ketua Setiausaha, Dato’ Seri Muez bin Abdul Aziz; Panglima-Panglima Perkhidmatan dan wakil, pegawai-pegawai kanan ATM dan ABDB serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

TUDM mengucapkan selamat bertugas kepada semua pegawai dan anggota MALBATT 850-8 dan selamat kembali ke Malaysia kepada MALBATT 850-7. Semoga jasa, perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan mengharumkan nama Malaysia dan terus menjulang imej ATM di bumi Lubnan dan di persada antarabangsa.