PANGLIMA OPERASI UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN SAHABAT

WhatsApp Image 2021 03 29 at 151749 1 WhatsApp Image 2021 03 29 at 151749 WhatsApp Image 2021 03 29 at 151749 2

 

SUBANG, 29 Mac 21 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Semboyan Markas Tentera Darat, Brig Jen Dato' Ahmad Saifuddin bin Talha di Markas Pemerintahan Operasi Udara, hari ini.

Turut hadir sama semasa kunjungan ini ialah Pengarah Sumber Manusia Jabatan Arah Rejimen Semboyan DiRaja, Kol Zahar bin Ariffin.

Kunjungan hormat ini antara lain turut berkongsi idea dan pandangan berdasarkan pengalaman dan perjawatan dan hala tuju pentadbiran masing-masing. Kedua-dua tetamu turut dibawa melawat ke Galeri MPOU dan sekitar Air Force Operation Centre (AFOC).