PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

1

KUALA LUMPUR, 9 Feb 21 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan hormat persaraan dari Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato' Mohd Hatim bin Saad di pejabat beliau, hari ini.

Laksamana Muda Dato' Mohd Hatim bin Saad akan mula bercuti dan seterusnya menamatkan perkhidmatan di dalam ATM tidak lama lagi.

Selamat bersara dan terus maju jaya kepada Laksamana Muda Dato' Mohd Hatim bin Saad di dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.