PESAWAT TUDM MEMBANTU MEMBAWA JENAZAH ANGGOTA TENTERA DARAT BAGI URUSAN PENGEBUMIAN

240119199 4371349536285992 599663544294875577 n 240238734 4371350406285905 6256249358136254094 n 240370898 4371350632952549 7681607614141363315 n
240946162 4371351169619162 1965385917992537414 n 241007569 4371351432952469 3283478175402461373 n 240852898 4371350136285932 7939780433548354918 n

 

TUDM melalui penerbangan helikopter EC 725 AP dan pesawat angkut C130H telah membantu membawa jenazah anggota Tentera Darat Malaysia dari 10 Briged Kompeni Pandura (Para) iaitu Allahyarham Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang terkorban ketika menjalani latihan penyusupan di Sungai Pahang dalam Eksesais Para Predator Siri 1/2021 pada kejadian 29 Ogos 2021.

Helikopter EC 725 AP yang membawa jenazah Allahyarham Koperal Mohamad Azrin telah diterbangkan dari Temerloh dan tiba di Kuantan pada jam 9.30 pagi kemudiannya dibawa melalui penerbangan pesawat angkut C130 dari Pangkalan Udara Kuantan dan tiba di Pangkalan Udara Butterworth pada jam 10.50 pagi. Pengurusan pengebumian seterusnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Dalam, Laguna Sungai Petani disempurnakan oleh Tentera Darat Malaysia dengan istiadat ketenteraan termasuk kawalan kehormatan jenazah.

TUDM turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Mohamad Azrin dan mendoakan mereka diberikan ketabahan kesabaran dan reda menerima ujian tersebut. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman. Al-Fatihah.