TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA MENYEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT JURUIRING

WhatsApp Image 2022 01 19 at 105044 AM WhatsApp Image 2022 01 19 at 105045 AM 1

 

KUALA LUMPUR, 19 Jan 22 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Lt Mohammad Zulhelmi bin Abdul Malek TUDM di pejabat Timbalan Panglima Tentera Udara, hari ini.

Lt Mohammad Zulhelmi bin Abdul Malek TUDM yang bertugas sebagai Juruiring TPTU telah dinaikkan ke pangkat Kapt TUDM mulai 19 Jan 2022.

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada Kapt Mohammad Zulhelmi bin Abdul Malek TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin kepada pegawai untuk terus berjaya dalam perkhidmatan.