TUJUH PEGAWAI KANAN TUDM DINAIKKAN PANGKAT

 1

KUALA LUMPUR, 2 Mac 2021 – Seramai tujuh (7) pegawai kanan TUDM hari ini telah dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

2 3 4
5 6 7

 

Pegawai Kanan TUDM yang dinaikkan pangkat adalah seperti berikut:

a. Lt Kol Roslan bin Salam TUDM dinaikkan ke pangkat Kolonel TUDM dan ditugaskan sebagai Ketua Staf Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-16.

b. Mej Rohaya binti Abu Zarin TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan PS 1 Kewangan dan Belanjawan di Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

c. Mej Zakeman bin Abdul Ghani TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Ketua Cawang Tadbir Akademi Tentera Udara, Ipoh.

d. Mej Mohd Faizal bin Abdul Latif TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No. 3 Skuadron.

e. Mej Abdul Raduan bin Abang Madihi TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai PS 1 Transformasi di MTU-Bahagian Operasi dan Strategik.

f. Mej Ryan Mackeith Stevenson TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah INSPEN 1.

g. Mej Mohd Zaini bin Mohd Zainorin TUDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No. 16 Skuadron.

Turut hadir menyaksikan pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Pemakaian pangkat ini adalah pengiktirafan atas komitmen tinggi dan kepercayaan pucuk pimpinan TUDM khasnya atas amanah yang digalas selama ini di samping menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada para pegawai yang lain.