UPACARA PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN TUDM

WhatsApp Image 2022 03 03 at 125257 PM WhatsApp Image 2022 03 03 at 125300 PM WhatsApp Image 2022 03 03 at 125300 PM 1

 

KUALA LUMPUR, 3 Mac 22- Panglima Tentera Udara , Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada Kol Koey Tang Chai TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Kol Koey Tang Chai telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM mulai 1 Mac 22 dan membuat tugas sebagai Juruarah Kanan di Maktab Ketahanan Nasional, PUSPAHANAS, Putrajaya. Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada kepada Brig Jen Koey Tang Chai TUDM atas kenaikkan pangkat hari ini.

Turut hadir menyaksikan upacara pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohamad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta beberapa pegawai kanan TUDM.