Kemaskini Terakhir: Khamis,4 Jun 2020
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

REZ_5936 REZ_5963 REZ_6010 REZ_6043 REZ_6054 REZ_6062 REZ_6090

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 15 –Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Yang Mulia Brig Jen (U) Dato’ Seri Pahlawan Haji Wardi bin Haji Abdul Latip  telah melakukan kunjungan perpisahan ke Kementerian Pertahanan hari ini . Ketibaan beliau dan delegasi telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM dan Pegawai-pegawai kanan TUDM.

Atur cara lawatan di Kementerian Pertahanan dimulakan dengan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei menerima tabik hormat dan membuat pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama yang diadakan di Dataran Wisma Pertahanan.

Lawatan beliau  di Kementerian Pertahanan diteruskan dengan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.