1. Menentukan keselamatan negara melalui kuasa udara yang responsif, terjamin dan berkesan.
2. Memastikan ketersediaan capaian kepada laman web TUDM sentiasa boleh diakses ditahap 99.98%.
- 2.1 Memastikan rangkaian dan sistem aplikasi mencapai tahap ketersediaan capaian tidak kurang 99.98% sepanjang tempoh waktu bekerja dalam operasi normal.
- 2.2 Menyelesaikan 100% insiden keselamatan ICT dalam tempoh 24 jam.
- 2.3 Paparan maklumat yang dipamerkan di dalam portal rasmi TUDM akan disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.
- 2.4 Ucapan/Keratan Akhbar/Artikel/Publikasi di portal rasmi TUDM akan dimuat naik dalam masa 1 hari bekerja selepas acara/aktiviti berlaku.
- 2.5 Semua publikasi/arahan/doktrin boleh diakses dan di muat-turun di dalam portal rasmi TUDM.
3. Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
- 3.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan.
- 3.2 Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.