Kemaskini Terakhir: Ahad,23 Jul 2017
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc
Soalan Lazim
Apakah syarat kelayakan akademik yang diperlukan?

Kategori Pegawai

  • Syarat kelayakan akademik bagi permohonan kategori Pegawai Kadet Graduan adalah IJAZAH yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan dan ia tidak terdapat didalam UPNM.
  • Syarat kelayakan akademik bagi permohonan kategori Pegawai Kadet UPNM adalah SPM.
  • Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan DIPLOMA TELAH DIMANSUHKAN.
  • Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.

Kategori Lain-Lain Pangkat

  • Syarat kelayakan akademik bagi permohonan Perajudirt Muda adalah SPM atau Diploma yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan.
  • Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan PMR TELAH DIMANSUHKAN.
  • Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.

 

Apakah pangkat permulaan setelah tamat menjalani latihan?

Setelah tamat latihan bagi kategori pegawai ditauliahkan ke pangkat LEFTENAN MUDA dan bagi Lain-Lain Pangkat adalah Laskar Udara (Sama ada Skim Diploma atau Skim SPM). Bagi kategori Lain-Lain pangkat perbezaan diantara Skim Diploma dan Skim SPM adalah dari segi Skim Tangga Kenaikan Gaji. Walaubagaimanapun pangkat permulaan adalah sama.

 

Saya mempunyai masalah kesihatan dan ada mempunyai rekod kesalahan jenayah. Bolehkah saya memohon?
  • Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kesihatan dan perubatan HANYA BOLEH DIKETAHUI semasa sesi pemeriksaan dijalankan kerana ia melibatkan keputusan dari Pegawai Perubatan Sesi Pemilihan.
  • Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kes kesalahan awam, kes polis atau kes tatatertib  HANYA BOLEH DIKETAHUI setelah mendapat maklumbalas dari bahagian yang dilantik untuk perkara ini.
Apakah yang dimaksudkan BERPAKAIAN KEMAS semasa sesi pemilihan dijalankan?

Telebih dahulu anda harus merujuk kepada sesi iklan yang telah dikeluarkan. Sekiranya perkara ini tidak dijelaskan BERPAKAIAN KEMAS adalah seperti BERBAJU KEMEJA, SELUAR SLACK DAN KASUT BERTUMIT DAN PENUH untuk lelaki. Bagi wanita pula BERBAJU KURUNG ATAU PAKAIAN YANG SOPAN SERTA TIDAK MENJOLOK MATA / SEKSI. Adalah dilarang sama sekali:

  • Memakai seluar jeans
  • Memakai pakaian yang menjolok mata / seksi.
  • Memakai Baju T-Shirt
  • Memakai Baju tanpa kolar.
  • Memakai selipar / sandal / kasut sukan.
Apakah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM ?

SYARAT KELAYAKAN AM

Jantina.

  • Lelaki dan Wanita.

Umur.

  • 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun. Calon-calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun.

Fizikal.

  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).
  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).
  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.
  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Kelayakan Akademik.

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan mana-mana 3 subjek lain serta sekurang-kuerangnya Gred C+ dalam subjek Bahasa Inggeris seperti di dalam syarat program yang ditawarkan oleh Universiti.

PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet UPNM untuk menjalani pengajian akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pengajian ketenteraan.

Pentauliahan.

  • Pegawai kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian akademik dan pengajian ketenteraan serta TERPILIH sahaja akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

Gaji.

  • Berdasarkan Skim Gaji sedia ada.

Calon-calon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki membuat permohonan kemasukan Universiti secara rasmi melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas keputusan peperiksaan sebenar SPM diumumkan.

PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui aplikasi dalam talian kemasukan, Bahagian Kemasukan Pelajar Jabatan pengajian tinggi iaitu upu@mohe.gov.my sebelum keputusan Peperiksaan SPM diumumkan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila layari Laman Web Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

 

* SILA AMBIL PERHATIAN: Syarat-syarat adalah tertakluk kepada keperluan semasa sesi pengambilan terkini. Harap maklum.

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan

Ask a new question
Cancel