Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali, telah mengadakan lawatan ke Hangar BHIC AeroServices Sdn. Bhd. di Subang Skypark. Lawatan ini turut disertai oleh Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato' Masro bin Kaliwon TUDM; Pengarah Materiel, Kol Jasmi bin Che Ismail TUDM dan Lt Kol Hanable Sunday Anak Edward TUDM wakil dari Markas Pemerintahan Bantuan Udara.
Sebaik ketibaan, KSU Kementerian Pertahanan telah diberikan taklimat oleh wakil syarikat mengenai pengoperasian syarikat dan kontrak-kontrak semasa yang dilaksanakan dengan Kementerian Pertahanan. Seterusnya, beliau turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti dan hangar pihak syarikat.