PERBARISAN SERAH MENYERAH KETUA STAF MAWILUD 1

DSC 9478 DSC 9483 DSC 9500

 

KUANTAN, 29 Sep 20 – Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf MAWILUD 1 di Padang Kawad MAWILUD 1 di Pangkalan Udara Kuantan.

Serah terima tugas di antara Brig Jen Nur Hafiz bin Abdul Karim TUDM dengan Brig Jen Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM ini telah disaksikan oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hamid TUDM. Perbarisan terdiri daripada 8 pegawai dan 66 anggota LLP diketuai oleh Mej Zamri bin Aris TUDM.