PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN SUMBANGAN KHAS KSSKA TUDM KEPADA STAF MARKAS PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA (MPPLU)

2 3 1

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 26 Jan 21 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menyempurnakan Pemakaian Pangkat di Pejabat PPLU hari ini. Pegawai MPPLU yang dinaikkan pangkat iaitu Lt Mohd Fahmi bin Mustafa TUDM merupakan juruiring kepada PPLU, telah dinaikkan ke pangkat Kapt TUDM.

PPLU kemudian menyampaikan cek sumbangan khas KSSKA TUDM bagi tahun 2020 kepada staf MPPLU iaitu Sjn U Md Azroi bin Ismail. Sumbangan khas ini adalah berdasarkan kepada warga TUDM yang menghidapi penyakit kronik yang disenaraikan oleh MTU – Cawangan Perkhidmatan dan telah diluluskan oleh Panglima Tentera Udara.