PEMERIKSAAN KIT ANGGOTA MARKAS TENTERA UDARA

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2020 – Markas Tentera Udara (MTU) telah mengadakan Pemeriksaan Kit bagi anggota berpangkat Sarjan Udara ke bawah (Lelaki dan Wanita) yang bertugas di Wisma Pertahanan.

Pemeriksaan Kit yang dilakukan oleh wakil daripada Khidmat Materiel, MTU adalah bagi memastikan tahap kesiapsiagaan anggota ke atas pakaian yang telah disediakan oleh Cawang Materiel berada dalam keadaan baik dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anggota.