SEMINAR CAWANGAN KAWAL & LAPOR 2020

05c3b215 663b 4b76 b85d 10561dfeba7e 3fe1c236 8a12 424a 9d07 01ca59e21384 3fefdf02 f3e1 43af 8c5e d46568009115
81b33a56 4ff7 40f8 b4fb 2105479bb5fb 41e0a3a3 9212 4328 ab61 9145d0d882e3 906878d4 4590 4ffb 884c c255c7df1bca
a09579c7 e0b1 4bf7 b682 e5f49c840d12 e1fcf604 d9a9 4505 a1ba 48bcf72d9def

 

IPOH, 9 Okt 20 - Seminar Kawal & Lapor 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya bermula dari 7 Okt hingga 9 Okt 20 anjuran Markas Pemerintahan Operasi Udara. Majlis pembukaan seminar telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato' Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM selaku Tred Master Kawal & Lapor.

Seminar ini telah disertai oleh pegawai-pegawai K&L dan juga pegawai jemputan daripada ketukangan juruterbang (Pejuang, Aangkut dan Heli) dan ketukangan Kejuruteraan.

Terdapat 6 kertas kerja dan 5 taklimat informatif telah dipersembahkan semasa seminar ini berlangsung bagi mendapatkan persetujuan sebelum dimajukan untuk perhatian pucuk pimpinan TUDM.

Seminar ini juga turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang turut mendengar pembentangan kertas kerja daripada pegawai-pegawai K&L. Beliau juga turut meluangkan masa untuk sesi dialog bersama peserta-peserta seminar.

Penganjuran seminar ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa yang relevan bagi diketengahkan sebagai usul demi memartabatkan sistem pertahanan udara negara selain untuk meningkatkan kesiagaan ke tahap yang optima.