TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT AKS SUMBER MANUSIA

 1

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2020 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat dari AKS Sumber Manusia yang baharu iaitu Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohammad Dom TUDM di pejabat beliau, hari ini.

Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohammad Dom TUDM telah mengambil alih jawatan tersebut daripada Mej Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM pada 23 Oktober yang lalu.