MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI WARAN SIRI 55/20

WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.07 10ea6769c 22e5 421e 97cc 1608fa54160bWhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.12WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.06WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.05WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.08 1

SENDAYAN, 10 Julai 2020 – Kursus Kepimpinan Pegawai Waran Siri 55/20 yang bermula pada 15 Jun 2020 lalu telah melabuhkan tirainya setelah upacara penutup kursus dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan (PU Sendayan).

Kursus peningkatan kerjaya yang melayakkan anggota LLP berpangkat Flait Sarjan bagi kenaikan pangkat ke Pegawai Waran Udara telah dihadiri seramai 46 penuntut terdiri daripada 45 penuntut lelaki dan seorang penuntut wanita dari pelbagai ketukangan di dalam TUDM.

Dalam kursus siri ini, Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh F/Sjn Mohd Firdaus bin Ani @ Nasir, ketukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU) dari INSTAR, PU Sendayan.

WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.13WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.28.08WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.14WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.09WhatsApp Image 2020 07 10 at 12.27.07

Terdahulu, sesi pembentangan kertas kerja oleh penuntut kepada pegawai kanan TUDM yang hadir turut diadakan bagi perkongsian, percambahan idea dan penambahbaikan untuk kecemerlangan TUDM secara keseluruhan.

Hadir sama di majlis ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Roshaimi bin Zakaria TUDM; AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Salleh TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Haji Mohd Suhaimi bin Haji Sahri TUDM; Komander PU Sendayan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM dan Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM.

Tahniah kepada semua penuntut yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Semoga kursus yang dihadiri ini dapat memberikan manfaat untuk menjadi penyelia dan pemimpin yang berkaliber serta dapat bersama-sama memacu kepada kejayaan TUDM.