PROFIL TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA

Image

LEFTENAN JENERAL DATO' NUR HAFIS BIN ABDUL KARIM TUDM

PSAT DSPN PAT KAT AMP PKN PPS PPA MSoc Sc (UKM) mpat psc fwi jt TUDM

TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA
TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM ialah Timbalan Panglima Tentera Udara. Beliau dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1971. Beliau menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 1993 selepas memperoleh Diploma dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan graduan dari International Test and Pilots School Ltd (ITPS Canada) dan merupakan juruterbang pemerintah dengan lebih daripada 2,500 jam penerbangan dalam pesawat PC7, PC7 Mk II dan Hawk 108 / 208.

Beliau telah memegang pelbagai jawatan taktikal, pemerintahan dan staf, serta pernah memegang tampuk pemerintahan di peringkat penerbangan, skuadron dan pangkalan. Pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Pegawai Memerintah No. 6 Skuadron di Pangkalan Udara Kuantan. Tugas terakhir beliau sebelum ini ialah sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara.

Baru-baru ini, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM telah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato' oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Anugerah DSPN ini diberikan setiap tahun kepada 800 individu yang masih hidup sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlang mereka dalam memajukan masyarakat dan negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN