KUANTAN, 16 DIS 20 - Markas Wilayah Udara 1 telah mengadakan program larian ‘10 KM CHALLENGE’ bermula dari 8 Dis hingga 18 Dis 20 bertujuan untuk memastikan tahap kecergasan dan kesihatan pegawai dan anggota LLP berada di tahap yang terbaik.
Melalui program ini juga, ianya akan dapat memupuk budaya sihat di kalangan warga Markas Wilayah Udara 1 dan seterusnya boleh dijadikan contoh yang terbaik kepada pangkalan-pangkalan di bawah naungan Markas ini.
Acara telah berlangsung mengikut Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti penjarakan sosial, mengehadkan jumlah peserta larian serta pengambilan suhu sebelum peserta memulakan larian.