![]() |
![]() |
AMERIKA SYARIKAT, 12 Februari 2025 - Bersempena dengan 7th Airman To Airman Talks Meeting yg diadakan di Camp Murray mulai 11 Feb hingga 13 Feb 25, Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir telah berkesempatan untuk melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Senior Enlisted Leader WA Air National Guard, Chief Master Sergeant Allan L. Lawson di Washington, Amerika Syarikat.
Kunjungan Hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan lebih lanjut berkaitan laluan kerjaya, Program Pertukaran Anggota serta Peningkatan Kepimpinan di Peringkat PTTK bagi menaiktaraf serta meningkatkan mutu kepimpinan di peringkat PTTK.