![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
TANJUNG BUNGAH, 17 Mac 23 - MTU-Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan dan KSSKA telah menganjurkan Bengkel Pengurusan KSSKA bagi tahun 2023 mulai 15 hingga 17 Mac 23 di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pencerahan kepada semua pemegang akaun untuk pengurusan dan penggunaan peruntukan tahunan KSSKA.
Bengkel yang dilaksanakan telah dihadiri oleh 17 Pegawai yang dilantik sebagai Pemegang Tabung Kebajikan Unit dari markas dan pangkalan di Semenanjung Malaysia, Kuching dan Labuan. Bengkel ini turut melibatkan fasilitator jemputan iaitu Lt Kol Mohamad bin Nordin @ Mohidin, PS 1 KSSKA ATM; Mej Nur Ain binti Mohd Nasir TUDM, Bendahari Lembaga Sukan TUDM dan Kapt Noor Syuhada binti Abd Razak TUDM, PS 3 BAKAT Udara. Terlebih dahulu taklimat berkaitan peruntukan KSSKA bagi tahun 2023 telah disampaikan oleh PS 2 Kebajikan & KSSKA, Mej Azila binti Hj Abdullah TUDM. Turut hadir sebagai penyelia bengkel ialah Lt Kol Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM, PS 1 Pengurusan mewakili Pengarah Perkkhidmatan.
Bengkel yang dianjurkan ini diharap dapat memberikan garis panduan serta kefahaman yang jelas kepada semua peserta bengkel berkenaan tatacara pengurusan akaun daripada peruntukan KSSKA agar perbelanjaannya dapat dimanfaat secara berhemah dan betul dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Di samping itu, perbincangan dan perkongsian pendapat sesama peserta turut membantu melahirkan cetusan-cetusan idea yang bernas selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai yang terlibat.