LATIHAN ON BASE PRE- ACCIDENT PLAN (PAP) DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

IMG 20210206 WA0004 IMG 20210206 WA0007 IMG 20210206 WA0008

 

GONG KEDAK, 4 Feb 21 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Latihan Kemalangan Pesawat Sukhoi SU-30MKM dalam Pangkalan (On Base Pre –Accident Plan). Latihan ini bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan semua agensi yang terlibat ditahap yang tinggi dan tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak sekiranya kemalangan pesawat benar-benar berlaku. Selain itu ianya sebagai medan untuk mengenalpasti dan menambahbaik prosidur operasi menyelamat mangsa di pangkalan.

Simulasi kemalangan bermula pada jam 2.45 petang di mana pesawat Sukhoi SU-30MKM dari No 12 Skuadron telah mengalami masalah kegagalan enjin ketika melakukan misi latihan penerbangan di udara bersama tiga pesawat Sukhoi SU-30MKM yang lain. Pesawat tersebut terpaksa berpatah balik ke pangkalan dan melakukan pendaratan cemas yang mana seorang Jurusensor Senjata telah pengsan semasa pesawat mendarat.

Latihan tersebut telah melibatkan Pasukan Tim Atur Cepat (TAC) dari Skuadron 212 HANDAU, Anggota Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pasukan Bomba Pangkalan dan Tim Explosive Ordnance Disposal (EOD) yang diketuai oleh Muhammad Najib Bin Mad Saad TUDM selaku “Base Armament Safety Officer” (BASO).

Selain itu juga latihan PAP ini diadakan untuk menguji keberkesanan “System Crash Phone” dan “Crash Alarm” yang di pasang di Pangkalan Udara Gong Kedak dan sekali gus menguji kompetensi semua anggota yang terlibat. Latihan tersebut telah berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 5.21 petang.