![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 28 Mei 2025 - Institut Perubatan Penerbangan TUDM menerima lawatan kerja rasmi dari Armed Force Post Graduate Medical Institute Pakistan yang diketuai oleh Mej Jen Syed Adil Hussanain bersama 34 ahli delegasi. Ketibaan disambut mesra oleh Brig Jen (Dr) Mohammed Haizar bin Haron, Pengarah Institut Perubatan Penerbangan diiringi Kol (Dr) Rosli bin Kolob, Pegawai Memerintah Institut Perubatan Penerbangan dan beberapa pegawai kanan lain.
Lawatan delegasi dimulakan dengan taklimat di Bilik Mesyuarat Utama yang disampaikan oleh Kol (Dr) Rosli bin Kolob. Sepanjang sesi taklimat berlangsung, terdapat juga sesi perbincangan dan juga penerangan berkenaan tugas-tugas dan tanggungjawab yang dibawa oleh IPP TUDM kepada TUDM khususnya dan ATM amnya.
Selepas itu, kumpulan delegasi dibawa untuk melawat beberapa tempat latihan bagi Juruterbang antaranya ialah High Perfomance Human Centrifiuge (HPHC), Ejection Seat, Hypobaric Chamber dan Spatial Disorientation (SD) yang dibawa oleh Kol (Dr) Rosli bin Kolob, Pegawai Memerintah IPP.
Dan bagi mengakhiri sesi lawatan kerja, tim delegasi dijemput untuk sesi bergambar dan menerima cenderahati dari pihak IPP TUDM yang disampaikan oleh Pengarah IPP sebagai tanda penghargaan.
Pengarah Institut Perubatan Penerbangan, Brig Jen (Dr) Mohammed Haizar bin Haron juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mej Jen Syed Adil Hussanain, Ketua Delegasi dan semua wakil delegasi kerana sudi meluangkan masa mengadakan sesi lawatan kerja ke IPP TUDM. Hubungan ini sangat baik untuk membentuk kerjasama dari dua buah negara.