LAWATAN DELEGASI GERMAN AIR FORCE (GAF) KE NO 8 SKUADRON

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 20 Ogos 2025 – No 8 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi German Air Force (GAF) 62 Transport Squadron yang turut mengoperasikan pesawat A400M.

Delegasi yang diketuai oleh Lt Col Sebastian Demitz telah disambut oleh Pegawai Memerintah No 8 Skuadron, Lt Kol Phanom A/L Achuan TUDM di Pangkalan Udara Subang. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan Pogram Subject Matter Expert Exchange (SMEE) sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua skuadron.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah dilaksanakan merangkumi sesi perkongsian kepakaran teknikal, operasi serta latihan bersama warga No 8 Skuadron. Delegasi GAF turut dibawa meninjau fasiliti skuadron dan diberi taklimat mengenai keupayaan serta pengalaman operasi TUDM, khususnya dalam pengoperasian pesawat A400M.

Selain itu, delegasi GAF juga dibawa melawat ke Institut Perubatan Penerbangan (IPP) bagi memahami aspek sokongan perubatan dalam operasi udara dan seterusnya melaksanakan kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM.

Program lawatan ini bukan sahaja memberi nilai tambah dalam meningkatkan keupayaan teknikal dan profesionalisme warga No 8 Skuadron, malah turut memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Jerman.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN