KUCHING, 3 Nov 2020 - Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM menziarahi Kpl U (W) Siti Nur Aisyah @ Annerita binti Abdullah di Perumahan TUDM Batu Kawa, Kuching. Turut sama mengiringi beliau adalah Ketua Cawang Tadbir dan Ketua Cawang Kejuruteraan PU Kuching.
Kpl U (W) Siti Nur Aisyah @ Annerita binti Abdullah yang bertugas di Cawang Kejuruteraan, Pangkalan Udara Kuching mengalami masalah kesihatan pada tahun 2017. Anggota juga perlu menyara 6 orang anak yg berumur antara 2 hingga 18 tahun termasuk seorang anak yang berpenyakit kronik.
Dalam lawatan ini, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM menyampaikan sumbangan cek daripada Tabung Kebajikan serta Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA), Koperasi Tentera dan Tabung Zakat ATM untuk kegunaan anggota. Seluruh warga TUDM mendoakan Kpl U (W) Siti Nut Aisyah @ Annerita binti Abdullah bersama keluarga tabah menghadapi ujian ini dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.