![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KLANG, 6 Sep 25 – Majlis Makan Beradat Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang 2025 telah dihadiri seramai 501 PTT Kanan Pangkalan Udara Subang pada tahun ini yang telah diadakan di Hotel Wyndham Acmar Klang, Selangor.
Turut hadir Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM dan Isteri Puan Haslin Binti Ismail sebagai Pengerusi Bakat Pangkalan Udara Subang, PW U I Mohd Amirizan bin Md Rejab, Presiden Mess Committee Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang, PW U I Shaiful Saparin bin Mohd Isa dan Isteri, Chairman Mess Committee Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang, Mej Raja Mohamad Fairul Shafiq bin Raja Mohamad Aznan TUDM sebagai Pegawai Penjaga Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang, Kapt Muhammad Ashraf Safwan bin Jamiasmara TUDM, Pegawai Penjaga Akaun Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang, Penasihat-Penasihat Wisma Bintara Udara Subang dan PTTK Kanan Wisma Bintara Subang bersama pasangan.
Majlis Makan Beradat merupakan salah satu budaya rejimental yang bertujuan memupuk sikap menghormati dan saling menghargai antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pucuk pimpinan tertinggi pangkalan bersama PTTK Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang. Komander Pangkalan Udara Subang dalam ucapannya menzahirkan rasa puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Wisma Bintara Pangkalan Udara Subang dapat bersama-sama berkumpul pada Majlis Makan Beradat Wisma Pangkalan Udara Subang. Beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara dan Pegawai-Pegawai Waran Cawangan dan Unit yang telah menjayakan Majlis Makan Beradat dengan penuh gemilang. YBhg Komander turut memberi penghargaan kepada para isteri atas sokongan yang diberikan dan memahami tugas dan tanggungjawab para suami yang sentiasa berdiri teguh dalam apa jua keadaan dan rintangan yang dihadapi.
Majlis dimeriahkan dengan penyampaian cenderahati sebagai perhargaan dan terima kasih kepada anggota yang bakal bersara atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka.
Di akhir majlis, Pegawai Waran Pangkalan iaitu PW U I Mohd Amirizan bin Md Rejab telah menyampaikan cenderahati kepada Komander Pangkalan Udara Subang atas kesudian menghadiri majlis tersebut.