![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 31 Jul 2025 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Tred dan Penyampaian Sijil serta Penutup Kursus Basic Air Traffic Control Assistant (BATCA) Serial 56/25 yang diadakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.
Majlis turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM; Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM; Wakil Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Markas Tentera Laut, KDR Muhammad Hanafi bin Ismail TLDM; Ketua Jurulatih Latihan, Ketua-Ketua Sekolah dan Bahagian, Barisan Jurulatih serta Ibu-bapa Graduan BATCA Siri 56/25.
Kursus BATCA Siri 56/25 telah bermula pada 3 Mac 25 sehingga 1 Ogos 25 yang meliputi dua (2) fasa iaitu Fasa 1 yang bermula pada 3 Mac 25 hingga 18 Apr 25 dan Fasa 2 bermula pada 21 Apr 25 hingga 1 Ogos 25. Kursus ini telah dihadiri seramai 33 peserta kursus yang terdiri daripada seorang peserta kursus berpangkat Kpl dari unit Rej 883 PUTD, seorang berpangkat LK JTP dari unit Markas Pangkalan Lumut, seorang berpangkat LK JTP dari unit Markas Pemerintahan Armada Barat serta 30 peserta kursus berpangkat LU II dari TUDM.
Objektif utama kursus BATCA Siri 56/25 adalah untuk melatih anggota bagi melaksanakan tugas-tugas di Bilik Operasi Pangkalan sebagai Junior Operation Operator (JOO) dan Assistant Tower. Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta kursus telah didedahkan dengan dua (2) modul latihan iaitu Module General Service Training - NCO Level 2, Module Base Operation Room dan Module Fundamental RMAF Communication. Peserta Terbaik bagi kategori Teori, Amali dan Keseluruhan bagi kursus ini telah disandang oleh LU II Wan Muhammad Syahmil Bin Wan Mohd Sadli.
KS MPPLU dalam ucapan penutup mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya dan kepada peserta Terbaik Teori, Amali dan Keseluruhan. Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus dapat dipraktikkan semasa bertugas di unit masing-masing. Diakhir majlis , turut diadakan sesi ramah mesra bersama ahli keluarga graduan.