![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 8 OKT 25 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Ir. Azhar bin Hj Idris TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat yang diadakan di Auditorium MPBU bagi empat (4) anggota LLP MPBU iaitu terdiri daripada P/FSJN (1) dan P/SJN U (3).
Ketua Staf MPBU serta seluruh warga MPBU mengucapkan sekalung tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat tersebut.
Diharapkan dengan kenaikan pangkat ini, akan terus menjadi contoh teladan yang unggul dalam aspek kepimpinan, integriti serta semangat juang sebagai seorang anggota tentera udara yang profesional, setia dan berwibawa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan dan inspirasi kepada anggota anggota TUDM yang lain.









