MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LLP MTU BAHAGIAN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

 

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

KUALA LUMPUR, 9 Jul 2025 – Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Bahagian Perancangan dan Pembangunan telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (AKS P&P), Mej Jen Mohd Sani bin Omar TUDM.

Dalam majlis berprestij ini, enam anggota LLP telah dinaikkan pangkat sebagai penghargaan atas komitmen, disiplin, dan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Antara anggota yang terlibat iaitu Sjn U Mohd Sazlihiari bin Semail, Sjn U Mohd Faris bin Jamaludin dan Sjn U (W) Hazwani binti Bahaudin dinaikkan ke pangkat Pemangku Flait Sarjan.

Seterusnya, Kpl U Azim Zamzurie bin Abdul Aziz dan Kpl U Muhamad Syafiq bin Mohd Mustafa telah dinaikkan ke Pemangku Sarjan Udara serta Laskar Udara I Muhammad Nurakmal bin Zulkifli dinaikkan ke pangkat Laskar Udara Kanan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai dan rakan setugas MTU- P&P yang memberikan sokongan dan semangat kepada anggota yang diraikan. Ia bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada penerima pangkat, tetapi juga sebagai motivasi kepada warga kerja Bahagian Perancangan dan Pembangunan untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN