![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 7 Jul 2025 - Majlis pemakaian pangkat kepada sembilan (9) anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Sumber Manusia (BSM), Markas Tentera Udara (MTU) telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Bilik Mesyuarat P&P, Markas Tentera Udara.
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM. Ia merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada anggota yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Turut dihadiri adalah pegawai-pegawai kanan dan warga MTU-BSM yang memberikan sokongan dan semangat kepada anggota yang diraikan.
Mendahului senarai, PW U II Mohd Abdul Latif bin Mohd Shaari dan PW U II Khairul Anuar bin Mohamed telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Udara I, FSjn Ahmad Khusaini bin Mohd Ali dan FSjn Mohammad Khuzairy bin Abdul Razak dinaikkan ke pangkat pemangku PW II manakala Sjn U Mohd Ridha Solehin bin Mohd Redzuan telah dinaikkan ke pangkat FSjn.
Seterusnya, Kpl U Muhammad Amir Hakimi bin Mohd Fazir, Kpl U Muhammad Syahrizal bin Mohd Jamal dan Kpl U Mohd Zafri Imran bin Mat Zabir telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Sjn U serta LUK Carmelene Fabian dinaikkan ke pangkat Pemangku Kpl U.
Pihak pengurusan tertinggi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat. Diharapkan kenaikan pangkat ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus meningkatkan mutu kerja, memperkukuh disiplin dan menyumbang secara berkesan kepada misi dan visi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).