![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 5 Feb 26 – Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Communication Operator Course - Khas (COC - Khas) Siri 21/26 yang disempurnakan oleh Komandan INSPRA, serta Ikrar Bebas Rasuah Warga INSPRA telah berlangsung di Auditorium Sekolah Bomba Dan Menyelamat.
Acara dimulakan dengan pemakaian pangkat kepada Kpl U Ebby Izham yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara. Majlis diteruskan dengan penyampaian siji kepada 25 pesertal Kursus Communication Operator Course - Khas (COC - Khas) Siri 21/26. Kursus tersebut telah berlangsung mulai 12 Jan 26 hingga 6 Feb 26 di Sekolah Komunikasi INSPRA.
Objektif kursus tersebut adalah untuk melatih anggota yang berkemahiran dalam pengendalian Pusat Komunikasi TUDM dan Komunikasi Taktikal. Majlis diakhiri dengan penyampaian ucapan oleh Komandan INSPRA dan seterusnya Ikrar Bebas Rasuah yang di ketuai oleh Mej Qamarul Ariffin bin Rose Bahauddin TUDM selaku Pegawai Integriti INSPRA.
Komandan INSPRA dalam ucapannya juga mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan penerima sijil. Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan cemerlang dan penuh dedikasi. Beliau juga mengingatkan bahawa isu rasuah dikalangan warga ATM amnya harus dielakkan dan beliau tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana - mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan isu berkenaan.












