SENDAYAN, 21 Sep 2020 - Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Pegawai Kanan Tadbir (KPKT) Siri 1/20 telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM Pegawai Memerintah INSTAR bertempat Dewan Pahlawan, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Majlis turut dihadiri oleh pegawai, jurulatih dan staf INSTAR.
Kursus tersebut dihadiri seramai 15 orang pegawai yang berpangkat Mej TUDM dan Kapt TUDM daripada Cawang Tadbir yang bermula pada 21 Sep 20 dan dijangka tamat pada 30 Okt 20. Dalam ucapan perasmian tersebut, Pegawai memerintah mengucapkan tahniah kepada semua penuntut di atas percalonan kursus ini dan mengucapkan selamat maju jaya di sepanjang kursus ini berlangsung.