ALOR SETAR, 27 Jun 22 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus FIC Siri 59/21 & TFIC Siri 45/21 yang diadakan di Dewan Taming Sari, Kolej Tentera Udara. Turut hadir ke majlis ialah , Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM serta jemputan dari TLDM, PUTD dan TNI-AU.
Seramai 20 orang graduan dari FIC 59/21 & TFIC Siri 45/21 terdiri daripada peserta QFI, QHI, QNI, IWSO dan QFEI telah menerima sijil bersama pin jurulatih. Terdapat tiga (3) anugerah bagi pelatih yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kursus berlangsung iaitu Anugerah Akademik Terbaik disandang oleh Mej Mohd Saifirudin bin Bahari TUDM. Manakala Anugerah Sayap Kaku Terbaik disandang oleh Mej Adam bin Othman TUDM dan Anugerah Sayap Putar pula disandang oleh Mej Khairul Ridhuan bin Ramlee TUDM.
Selain itu, KS MPPLU turut menyempurnakan Majlis Pembukaan Kursus FIC Siri 60/22 dan Majlis Pembukaan Kursus TFIC Siri 46/22 serta Penyampaian Sijil Jurulatih Kategori 'A'.
Majlis turut memperkenalkan peserta-peserta dari kursus FIC siri 60/22 & TFIC Siri 46/22. Seramai 17 orang peserta termasuk lapan (8) orang dari QFI, 6 orang dari QHI dan tiga (3) orang dari TFIC. Kursus ini akan berlangsung selama 43 minggu. Salah seorang peserta kursus adalah dari Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU) iaitu Kapt PNB Firman Arif S.S.T Han.
Bagi penerima Sijil Jurulatih Kategori 'A' pula telah diberikan kepada juruterbang-juruterbang yang menamatkan fasa induksi pada bulan Jun hingga Ogos 2021 dan lulus dengan jayanya pada bulan Februari hingga Mac 2022. Penerima sijil adalah Mej Mohd Syamsul bin Mohd Yusop TUDM dari INSPEN 1, Mej Mohd Khairul Azrin bin Mohd Tuah TUDM dari ILIT dan Mej Noremazuan bin Nordin TUDM juga dari ILIT.