MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS 3 (TIGA) PEGAWAI WARAN CAWANGAN BOMBA PANGKALAN UDARA BUTTERWORTH

1 0 2
3 4 5

 

BUTTERWORTH, 16 Jul 25 – Buat pertama kali dalam sejarah, Majlis Serah Terima Tugas 3 Pegawai Waran Cawangan Bomba Pangkalan Udara Butterworth telah diadakan secara serentak apabila masing-masing akan menamatkan perkhidmatan 21 tahun dan 26 tahun. Pegawai Waran yang terlibat adalah di antara PW U I Mohd Fairoz bin Nordin Marikan, Pegawai Waran Operasi Bomba kepada PW U I Shahril bin Shafiei, PW U II Mohd Afifudin bin Yaakob, Pegawai Waran Sel Latihan dan Piawaian Bomba kepada PW U II Nur Arman bin Suhaimi dan PW U II Muhamad Sufian bin Siam, Pegawai Waran Sel Bantuan Bomba kepada PW U II Mohd Khairul bin Masuhud telah dilaksanakan di Cawangan Bomba PU Butterworth.

Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Ketua Cawangan Bomba PU Butterworth Mej Mohd Shahar bin Othman TUDM sempena Perbarisan Bulanan Ketua Cawangan Bomba.

Selamat bersara dan terima kasih diucapkan diatas segala jasa dan khidmat bakti ketiga-tiga mantan Pegawai Waran Cawangan Bomba kepada perkhidmatan. Sekalung tahniah kepada ketiga-tiga Pegawai Waran Cawangan Bomba yang baharu. Semoga mereka terus membawa kecemerlangan dan aspirasi baharu kepada Cawangan Bomba PU Butterworth.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN