KUCHING, 10 Mei 22 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Perubatan Pangkalan Udara Kuching dan Pegawai Perubatan Skn 330 telah diadakan di Dewan Setia, PU Kuching hari ini. Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM.
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Perubatan ini melibatkan diantara Mej Dr Ahmad Fairuz bin Ishak dan Lt Dr Nur Qhalidah binti Mohlis.
Seluruh warga pangkalan mengucapkan terima kasih kepada Mej Dr Ahmad Fairuz bin Ishak di atas jasa bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut. Semoga terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.