![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 – Satu majlis penuh bermakna telah berlangsung bagi menyaksikan upacara Serah Terima Tugas antara Pengarah Pembangunan Kejuruteraan serta Pegawai Waran Kejuruteraan sekali gus menandakan peralihan tampuk kepimpinan di Bahagian MTU Kejuruteraan.
Majlis yang berlangsung di Bilik Jamuan Rajawali, Markas Tentera Udara ini telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mejar Jeneral Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM.
Dalam majlis tersebut, Lt Kol Atan Bakti bin Abdul Malek TUDM secara rasmi telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Pembangunan Kejuruteraan kepada penggantinya Lt Kol Mohamad Azizi bin Abdul Aziz TUDM.
Sementara itu, bagi jawatan Pegawai Waran Kejuruteraan, PW U I Maizatul Akmam Yahya bin Hasan telah menyerahkan tugas kepada PW U II Muhamad Faizi Nikman bin Che Bakari, menandakan pelantikan rasmi Pegawai Waran Kejuruteraan yang baharu.
AKS Kejuruteraan serta seluruh warga MTU-Kejuruteraan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lt Kol Atan Bakti TUDM dan PW U I Maizatul Akmam Yahya atas segala jasa, komitmen serta kepimpinan cemerlang yang telah mereka curahkan sepanjang memegang amanah jawatan masing-masing.
Sekalung tahniah turut diucapkan kepada Lt Kol Mohamad Azizi TUDM atas pelantikan sebagai Pengarah Pembangunan Kejuruteraan serta kepada PW U II Muhamad Faizi Nikman sebagai Pegawai Waran Kejuruteraan yang baharu. Semoga mereka terus membawa kecemerlangan dan aspirasi baharu dalam menerajui kepimpinan MTU-Kejuruteraan.