![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 13 Feb 2023 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Perundangan telah berlangsung di antara Brig Jen Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM dengan Kol Ahmad Sanusi bin Ali TUDM.
Majlis yang diadakan di Lobi Kompleks Mahkamah TUDM, Pangkalan Udara Sendayan ini telah disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir , Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM. Turut hadir menyaksikan majlis serah terima tugas ini adalah Pengarah PSTU, Provos Marsyal Udara dan Pegawai Laksana Pangkalan Udara Sendayan.
Seluruh warga Cawangan Perundangan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Brig Jen Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Cawangan Perundangan, Markas Tentera Udara. Ucapan tahniah juga kepada Kol Ahmad Sanusi bin Ali TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah Perundangan yang baharu.