MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON TIMUR TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUANTAN, 24 Jun 2025 – Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM, Pemangku Pangwilud 1 telah merasmikan Majlis Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 2025 yang telah diadakan bertempat di Auditorium INSPRA, PU Kuantan yang berlangsung hari ini.

Mengangkat tema “Al-Quran Dihayati Organisasi Diberkati” sempena Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 2025, tema yang membawa maksud jalan untuk menjadikan umat Islam sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam segala amalan, perbuatan dan matlamat hidup sekaligus dapat menjalani kehidupan yang lebih berkualiti berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Timur ini merupakan aktiviti tahunan bagi memilih wakil Zon Timur ke peringkat TUDM di samping memupuk semangat membudayakan pembacaan Al-Quran di kalangan warga TUDM. Penganjuran aktiviti ini juga dapat melahirkan warga TUDM yang cinta terhadap Al-Quran.

Majlis tilawah kali ini disertai oleh 4 pasukan dari zon timur iaitu MAWILUD 1, PU Kuantan, PU Gong Kedak, SLTT Bukit Ibam, dan melibatkan lima (5) kategori iaitu Kategori Pegawai, Qari, Qariah, Qari Saudara Muslim dan Qariah Saudara Muslimah. Pangkalan Udara Kuantan muncul sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran 2025 bagi Peringkat Zon Timur.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Lt Kol Megat Faridal bin Mohd Toff TUDM, Pemangku Komander Pangkalan, Ketua Jurulatih Latihan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, serta Pegawai Memerintah Skuadron dan Cawangan.

Keputusan Tilawah Al-Quran peringkat Zon Timur mengikut kategori adalah sebagaimana berikut:

Kategori Pegawai
Johan: Lt Muhammad Najmuddin bin Mokhtar TUDM - PU Gong Kedak
Kedua: Mej Muhammad Soffian bin Jamaludin TUDM - PU Kuantan                                                                                                                     

Kategori Qari                                                                                                                                                                                                                Johan: PW U 1 Muhammad Ghazali bin Zakaria @ Muhammad - PU Gong Kedak
Kedua: F/Sjn Abdul Basir bin saiuti - PU Kuantan
Ketiga: Kpl U Muhammad Azfar Afiq bin Mohd Zamhadi - MAWILUD 1

Kategori Qariah
Johan: Pn Farehah binti Yahya - PU Gong Kedak
Kedua: Pn Hana binti Muammad - SLTT TUDM
Ketiga: Pn Muna Athirah binti Maritho - MAWILUD 1

Kategori Qari Saudara Muslim
Johan: Sjn U Muhammad Nick Fitri bin Rajie - PU Kuantan

Kategori Qariah Saudara Muslim
Johan: Kpl U Ernylia binti Upak - PU Kuantan

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer