KUALA LANGAT, 17 Jun 21 - Berikutan pengumuman berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai satu pegawai dan 12 anggota yang terdiri daripada anggota Skuadron 217 HANDAU telah ditugaskan untuk membuat penugasan Op Penawar di Daerah Kuala Langat yang telah bermula pada 1 Jun 2021 bagi membantu pihak PDRM dalam melaksanakan Sekatan Jalan Raya.
Dalam Op Penawar ini, Pangkalan Udara Jugra telah bekerjasama dengan Markas 11 Briged Sungai Buloh dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat. Lokasi SJR yang telah dilaksanakan adalah Tol laluan masuk Bandar Saujana Putra.
Sebelum memulakan penugasan SJR, taklimat penugasan akan diberikan oleh Pegawai PDRM yang bertugas kepada anggota terlebih dahulu meliputi aspek keselamatan,disiplin dan sebagainya. Ops Penawar secara lansung membuktikan kejasama yang erat dan bersepadu di antara ATM dan PDRM dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Semoga penguatkuasaan SJR ini dapat membantu usaha memutuskan rantaian COVID-19 dan menyekat penularan jangkitan wabak yang sangat berbahaya ini.