PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2020 BAGI PANGKALAN UDARA SENDAYAN

SEN 2731 SEN 2709

 

SENDAYAN, 4 Mei 2021 – Penyampaian Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 telah diadakan di Markas PU Sendayan. Seramai 25 penerima yang terdiri daripada anggota lain-lain pangkat telah menerima APC Tahun 2020 bagi Pangkalan Udara Sendayan.

Upacara ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM serta disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan PU Sendayan.
Kesemua penerima telah menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah berprestasi berupa wang bernilai RM1000 dan didepositkan ke dalam akaun skim simpanan pendidikan - islamik (SSPN-i).

Anugerah ini diharap dapat memberi motivasi dan semangat serta inspirasi kepada warga TUDM amnya bagi meningkatkan prestasi kerja dan seterusnya memartabatkan kecemerlangan organisasi dan perkhidmatan.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer