![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis penyerahan sijil penghargaan atas pencapaian dan inisiatif di atas penubuhan Projek Wildlife Hazard Task Force oleh Base Safety PU Labuan telah dilaksanakan di NORP, Pangkalan Udara Labuan. Penyerahan sijil ini telah disempurnakan oleh Mej Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM, Panglima Wilayah Udara 2 bagi menghargai inisiatif dan pencapaian Base Safety PU Labuan dalam menguruskan ancaman Bird Aircraft Strike Hazard (BASH) di landasan LT Labuan. Projek ini dipelopori oleh TUDM dan dibantu Malaysia Airport Sdn Bhd (MASB) Labuan dalam membendung ancaman BASH bagi pesawat TUDM dan awam yang beroperasi di LT Labuan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Brig Jen Koey Tang Chai TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 bersama Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM, Komander Pangkalan Udara Labuan, wakil Pengurus MASB Labuan dan barisan Eksekutif Pangkalan Udara Labuan.
Tujuan Projek Wildlife Hazard Task Force adalah mendokong Tonggak Utama Perintah Ulung YBhg Panglima Tentera Udara iaitu:
• Pemantapan Keupayaan Dan Kesiagaan TUDM di Pangkalan Udara Labuan khasnya dan Wilayah Udara 2 amnya dapat dilaksanakan tanpa ancaman BASH.
• Pemerkasaan dan Pengupayaan Warga Udara berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah atau cabaran BASH.
• Mengoptimumkan Pengurusan Sumber dan meningkatkan budaya inovasi dengan berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mencari penyelesaian kepada cabaran ancaman BASH.
• Memperkasakan Modal Insan dengan memberi ruang kepada anggota untuk terlibat secara aktif dalam menyumbang idea dan mengambil bahagian dalam proses penambahbaikan cabaran organisasi.