PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS OLEH WARGA PANGKALAN UDARA KUCHING KEPADA ANGGOTA

WhatsApp Image 2024 03 26 at 161541 43189cee WhatsApp Image 2024 03 26 at 161635 890599d3


KUCHING, 26 Mac 24 – Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga Pangkalan Udara Kuching kepada LU II Mohd Meirzani bin Jaukarani. Sumbangan adalah berikutan kebakaran tempat tinggal ibu dan ayah anggota di kampung halaman di Sandakan, Sabah.

Komander Pangkalan juga turut berkesempatan memberikan kata-kata motivasi atas kejadian yang menimpa waris anggota. Beliau juga turut mendoakan semoga anggota dan keluarga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Turut hadir Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Abong anak Tibu TUDM semasa sesi penyampaian di Pejabat Komander Pangkalan Udara Kuching. Semoga sumbangan yang telah disampaikan dapat membantu dan meringankan beban anggota serta keluarga bagi menyambut syawal yang menjelang tiba.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer