PERBARISAN BULANAN PEGAWAI MEMERINTAH INSTAR

 DSC5192  DSC5200  DSC5234
 DSC5241  DSC5271

 

SENDAYAN, 7 Apr 21 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah INSTAR kali ke 2 bagi tahun 2021 bertempat di Dataran Munsyi INSTAR yang telah dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP serta kakitangan awam yang berkhidmat di INSTAR. Perbarisan terdiri daripada 6 Pegawai dan 113 anggota LLP yang telah diketuai oleh Mej Ileyas bin Mat Zin TUDM.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau telah menjelaskan bahawa perbarisan Pegawai Memerintah adalah satu tradisi ketenteraan yang seharusnya anggota tentera bangga kerana ianya memberi gambaran yang amat penting tentang keterampilan, kesegakan, kesediaan, kesiapsiagaan dan semangat sesebuah unit tersebut. Selain itu, perbarisan ini juga merupakan salah satu medium komunikasi regimental diantara pegawai tertinggi pasukan dengan semua anggota. Segala aspirasi, hala tuju kepimpinan tertinggi pasukan dan informasi pasukan yang penting akan disampaikan semasa perbarisan seumpama ini semua unit-unit perkhidmatan.

Semasa perbarisan ini juga, Pegawai Memerintah turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada Sjn U Mohd Anizam bin Ismail yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku F/Sjn berkuatkuasa mulai 2 Mac 21. Pegawai Memerintah juga telah menyampaikan sumbangan cenderahati kepada anggota yang bertukar keluar daripada INSTAR. Tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan kepada anggota yang bertukar keluar semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas.