![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 2 Jul 25 – Perbarisan Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Pegawai Waran Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) di antara PW U I Azrul Hisham bin Ab Hamid (Penyerah) dan PW U I Zulham Effandy bin Mat Isa (Penerima) telah dilaksanakan di Padang Kawad MPPLU, PU Sendayan.
Majlis serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM, Ketua Staf MPPLU. PW U I Azrul Hisham bin Ab Hamid telah memegang jawatan sebagai Pegawai Waran MPPLU pada tanggal 5 Jul 21 dan beliau bakal menamatkan perkhidmatan di dalam ATM pada 19 Okt 26 nanti setelah 26 tahun berkhidmat.
Selamat bersara dan terima kasih diucapkan kepada PW U I Azrul Hisham bin Ab Hamid di atas segala jasa dan khidmat bakti kepada perkhidmatan. Sekalung tahniah kepada PW U I Zulham Effandy bin Mat Isa yang kini menggalas tugas sebagai Pegawai Waran MPPLU yang baharu.