PERTANDINGAN FUTSAL PERINGKAT INSPRA TAHUN 2025

1 2 3

 

KUANTAN, 1 Ogos 2025 – Gabungan Sekolah Komunikasi dan Flait Bantuan, INSPRA telah menganjurkan Pertandingan Futsal Peringkat INSPRA Tahun 2025 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan MAWILUD 1.

Terdapat empat pasukan yang menyertai pertandingan ini iaitu Gabungan Sekolah Komunikasi dan Flait Bantuan, Sekolah Kawalan Trafik Udara, Sekolah Kawalan Pertahanan Udara dan Sekolah Bomba dan Menyelamat yang disempurnakan oleh Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM, Komandan INSPRA diiringi oleh Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Ketua Jurulatih Latihan seterusnya merasmikan Pertandingan Futsal peringkat INSPRA bagi Tahun 2025.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Komandan. Keputusan penuh menyaksikan Sekolah Bomba dan Menyelamat sebagai Johan Pertandingan Futsal peringkat INSPRA bagi Tahun 2025. Manakala Naib Johan disandang oleh Gabungan Sekolah Komunikasi dan Flait Bantuan.

Pada akhir majlis, Komandan INSPRA turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang telah menjayakan pertandingan ini. Beliau juga mengingatkan supaya acara sukan sebegini harus diteruskan agar warga INSPRA dapat mengekalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua staf, jurulatih serta peserta kursus INSPRA serta work life balance. "Latihan Asas Kecekapan" "Sentiasa di Angkasa Raya"

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN