PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KIK PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN TAHUN 2025

1 2 3
4 5

 

KUALA LUMPUR, 9 Jul 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus mempamerkan komitmen tinggi dalam memperkasakan budaya inovasi dengan menghantar 16 penyertaan dalam Pertandingan Horizon Baharu KIK Peringkat Kementerian Pertahanan bagi Tahun 2025 yang berlangsung selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Jul 25 di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Sekretariat Inovasi TUDM yang diketuai oleh Lt Kol Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM telah memainkan peranan penting dalam mengatur gerak 16 kumpulan inovasi TUDM melibatkan 12 penyertaan dari kategori Primer dan 4 penyertaan kategori Hibrid. Kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah seperti berikut:

KIK PRIMER
1. Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Penciptaan.
a. Cawangan Operasi, PU Gong Kedak. - Inovasi "MIND"
b. No. 5 Skn, PU Labuan - Inovasi "Water Tray".
c. Cawangan Kejuruteraan, PU Butterworth dan No 8 Skn, PU Subang. - Inovasi "Radar Warning Receiver Blind Sensing"

2. Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan – Penambahbaikan.
a. No. 12 Skn, PU Gong Kedak - Inovasi "AIS-MOD".
b. INSPEN 2, Kolej Tentera Udara - Inovasi "V.I.P.E.R.S".
c. No. 5 Skn, PU Labuan "Smart Cranking Panel ".

3. Bidang Inovasi Sosial - Penciptaan.
a. Terminal Peluru 1, PU Kuantan - Inovasi "Primade Deterrent".
b. No. 20 Skn, PU Subang - Inovasi "Platform Downstream Jack 2.0".
c. No. 10 Skn, PU Kuantan - Inovasi "Smart Chock"

4. Bidang Inovasi Sosial - Penambahbaikan.
a. ITSBL, PU Butterworth - Inovasi "Smart Parcel Box".
b. No. 8 Skn, PU Subang - Inovasi "SKUP".
c. Cawangan Operasi, PU Kuantan - Inovasi "Hazard Light"

KIK HIBRID
1. Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan.
a. Cawangan Operasi, PU Subang - Inovasi "Flash Night".
b. Skn 330, Kota Samarahan - Inovasi "Smart Radar Alarm System".

2. Bidang Inovasi Sosial.
a. Cawangan Kejuruteraan, PU Butterworth. - Inovasi "Bird Deterrent”
b. Cawangan Kejuruteraan, Kolej Tentera Udara - Inovasi "Extranger"

Para pemenang untuk pertandingan ini akan diumumkan pada bulan Oktober nanti bersempena dengan Bulan Inovasi Kementerian Pertahanan yang akan berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Biarpun pemenang belum dimuktamadkan, satu perkara jelas, dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh semua kumpulan, TUDM sudah pun menang dari segi iltizam, semangat dan kesungguhan dalam menjadikan inovasi sebagai nadi penggerak kecemerlangan pertahanan udara negara.

Turut hadir memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada peserta TUDM adalah Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM selaku Ketua Sekretariat Inovasi TUDM bersama Pengarah Inspektorat TUDM, Kol Mohamad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN