Select your language

PROGRAM INDAHNYA RAWATAN ISLAM PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUANTAN BERSAMA BAKAT

WhatsApp Image 2026 08 21 at 16.32.46 1 WhatsApp Image 2026 08 21 at 16.32.47 1 WhatsApp Image 2026 08 21 at 16.32.47
WhatsApp Image 2026 08 21 at 16.32.46 WhatsApp Image 2026 08 21 at 16.32.47 2

 

KUANTAN, 21 Ogos 2026 – Program Indahnya Rawatan Islam Peringkat Pangkalan Udara Kuantan Bersama BAKAT telah berlangsung dengan jayanya sebagai salah satu usaha memperkasakan kefahaman warga Pangkalan Udara Kuantan terhadap kaedah rawatan Islam yang berlandaskan syariat.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Puan Rosdiana binti Mat Yakim, Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Kuantan, serta warga pangkalan dan ahli BAKAT yang turut mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Ceramah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz SSjn Mohd Asrul bin Alias, Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Pangkalan Udara Kuantan, yang memberikan penerangan dan perkongsian berkaitan konsep serta kaedah rawatan Islam yang betul dan bertepatan dengan tuntutan syarak.

Selain sesi penerangan secara teori, para hadirin turut diberikan pendedahan secara amali berkaitan tatacara dan kaedah merawat pesakit, termasuk panduan asas yang perlu diberi perhatian ketika melaksanakan rawatan Islam. Pendekatan secara teori dan amali ini memberi peluang kepada yang hadir untuk memahami kaedah rawatan dengan lebih jelas serta mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara berhemah.

Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai rawatan Islam, malah turut menjadi medium untuk memperkukuhkan kerjasama antara Pejabat Agama Pangkalan Udara Kuantan dan BAKAT Pangakalan dalam melaksanakan program berbentuk kerohanian, pendidikan serta pembangunan sahsiah warga pangkalan.

Secara keseluruhannya, Program Indahnya Rawatan Islam ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua serta menjadi satu wadah dalam membentuk masyarakat yang lebih memahami kaedah rawatan Islam yang sahih, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta bebas daripada unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat Islam.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN